Pengalaman Mengandung
Setiap orang mempunyai cerita pengalaman mengandung yang berbeza-beza. Untuk kawan-kawan mesti nak tahu kan pengalaman pregnant, ada banyak soalan nak tanya, perasaan dan lain-lain. So entry kali ni saya nak share pengalaman mengandung. walaupun masa tulis blog ni masih lagi menunggu hari nak bersalin. Tapi harap pengalaman ini mampu jadi panduan buat korang.
Ramai yang tanya. "Series ke baby perhentian tu?" Haha. Soalan ini paling famous lah bila orang tahu kita pregnant taw. Sebenarnya memang dah set targer macam "lepas pergi Perhentian ni aku nak pregnant." Cemtu, jadi memang sebelum pergi Perhentian tu dah stop makan pil perancang.
Pil Perancang
Bila dan besar ni jangan lah segan nak tanya untuk perancangan family macam mana. Semua ni kita kena amik tahu. Bagi yang nak fokus dulu pada hidup berdua boleh try Google pasal pil perancang ni. Okay nak selit sikit pasal pil perancang. Kita guna pil perancang yang makan everyday. Nama dia Rigevidon. Pil ni memang untuk korang makan harian. Sebenarnya ada banyak lagi cara nak elak dari pregnant ni. Ada yang inject, ada yang makan ubat, banyak lagi. Tapi kita pilih untuk makan ubat harian. Ubat ni harga dia Rm7-Rm9 je. Boleh beli dekat farmasi.
ini hah rupanya Rigevidon tu. Makan setiap hari. Dia ada kitaran harian dekat pil dia tu.
Kencing Manis Mengandung(KMM)
Kencing Manis Mengandung ni atau nama manjanya kita panggil KMM ni memang biasa lah bagi ibu-ibu mengandung ni. Sebab dia akan tengok kandungan gula dalam badan kita. Kebiasaannya klinik akan bagi kita satu tarikh untuk kita minum air gula (MOGTT). Pastikan puasa malam tu. Lepas minum air gula tu kena puasa lagi 2 jam lagi. Time tu memang ramai lah yang rasa nak pengsan lah. Ada yang nak pitam lah.
Kita minum air gula pada 5 Disember 2019. Time sebelum minum air gula tu kan kena puasa. Jadi fasting blood sugar kita normal je 4.4. Tapi lepas minum air gula naik terus 7.9. Sepatutnya tak boleh lebih 7.8. Satu je taw! ERRRRRR. Makan bermula lah episode dua minggu sekali ke klinik untuk check diet kencing manis ni. Keba dengar kaunserling permakanan lah. Kena check darah dua minggu sekali dekat jari tu.
Risiko KMM ni banyak contohnya keguguran, bersalin awal baby pramatang, baby kurang berat, baby boleh lepas masa lahir. Hmmm banyak sangat kalau nak senaraikan.
Tapi bayangkan lah lepas 5/12 tu memang dua minggu sekali pergi klinik checkup. Penat dia, sendiri je tahu. Tapi takpe lah untuk anak sendiri kan.
Spotting
Spotting ni maksudnya macam ada keluar darah sikit semasa mengandung. Ala sikit je macam luka tangan kena jarum peniti. Tapi yet kena pergi spital jugak. Time dekat hospital memang dia kana check semua. Tapi semuanya okay. Sebaik tak kena tahan wad.
Ada sekali kena tahan wad sehari itu pun sebab spotting. Tapi macam biasa bila hospital check, rahim dan baby semua sihat. Memula rasa pelik, kenapa ada darah keluar, tapi sedangkan hospital check semua okay. Now kita dah tahu dah kenapa.
Keputihan
Masa pregnant ni keputihan teruk sangat. Sampai hospital kata keputihan awak ada fungus. Fungus tu korang tahu tak apa? Haha. Kulat tahu kulat. Nak cakap teruk sangat lah keputihan ni. Ceritanya ada lah satu hari ni biasa lah kita kena bersihkan tempat-tempat yang perlu dibersihkan. Mana yang perlu di shave kita shave. Mana yang perlu dicuci kita cuci. Complicatedkan orang perempuan ni.
Mungkin kita tak perasan yang masa shave tu ada terluka sikit. Jadi bila luka ni terkena pulak dengan fungus tadi ni, dia jadi satu luka yang macam tak tahu lah nak describe macam mana. TAPI luka ni lah yang berdarah. Dia sekarang dah jadi macam daging tambahan dan akan bleeding bila dia rasa nak bleeding atau dia non stop bleeding je. Cuma bezanya, kita tak pergi ke hopital dah lah. Cuma pantau dari rumah je. Kena selalu tukar panty liner.
Apa yang kita belajar sepanjang pregnant ni, hormon kita menang akan meningkat dua kali ganda. Contoh macam kita memang ada keputihan kan. Dia akan jadi double masa pregnant. Ada yang sebelum pregnant muka senang sangat breakout, time pregnant tu kena bertabah lah. Yang muka tak selalu breakout pun jadi breakout jugak. Bersabar lah semua.
Itu je yang mampu kita share buat masa sekarang ni. Entry ni gak panjang untuk korang baca. Tapi mana tahu berguna nanti. Mungkin ada yang sama, mungkin ada yang tak sama. Kita share je untuk korang baca.
SEKIAN.....
xiexie dajia




Comments
Post a Comment