Bersalin tiada JAHITAN?
Hai semua! Ini entry yang mesti korang tunggu-tunggu kan? Maaf lah amik masa lama sikit nak up story tentang pengalaman bersalin. Mungkin yang dah bersalin berapa kali tu tahu tips-tips yang lebih padu dari erna.(korang kena banyak membaca)
Tapi macam yang Erna cakap. Blog ni untuk perkongsian dengan sahabat-sahabat yang sebaya dan belum mengandung atau sedang mengandung.
Tambahan Erna rasa no jahitan sebab Maryam kecik je 2.6kg. Mungkin itu salah satu sebab jugak okay.
TIPS BERSALIN TANPA JAHITAN
(Diingatkan semula. Mungkin tips ni menjadi dekat Erna. Tapi mungkin tidak pada anda yang lain. Tapi tak salah kita mencubakan?)
1: Minyak Kelapa Dara.
Erna amalkan minum minyak kelapa dara(MKD) ni dari start 4 bulan gitu. Tak minum sangat pun. Tapi bila masuk 8 bulan baru konsisten minum. Erna minum D'aura Minyak Kelapa Dara. Korang boleh beli dekat online. Kalau kedai jamu Erna tak pasti ada jual ke idok.
Sebelum minum MKD ni, Erna dah tanya doktor taw. Dia kata boleh minum tak ada masalah. Doktor siap kata bagus untuk kandungan. Dia suruh sapu sekali dekat perut.
Tapiiiii kalau korang nak delivery nanti jangan bagitahu nurse korang amalkan MKD ni taw. Haha. Nanti nurse marah. Sebab sakitnya Allah je tahu. Lepas tu kita pulak meraung raung, marah lah nurse tu haha (Delivery memang sakit pun kan?)
Tips MKD ni Erna baca dalam group-group ws yang Erna join. Dorang yang suggestkan MKD ni, sebab dorang semua no jahitan kot. Hebat bukan? Hihi.
2: Surah Maryam dan Yaasiin
Setiap hari time nak tidur, suami akan bukak surah surah bagi baby dengar dekat Youtube. Erna pun selalu amalkan baca dua surah ni. Lelagi time nak delivery tu. Alhamdulillah time baca tu sakit kurang sikit. cm pun bukak cepat je.
3: Banyakkan berjalan sementara menunggu ke labor room
Ini benda biasa lah kan. Kena banyak berjalan untuk cepatkan bukak cm kita tu. Time dalam wad tu, ada akak sebelah ni pun suka berjalan jugak. Muka kiterang berdua je yang berjalan sementara nak tunggu delivery ni. Kehulu kehilir tapi tak jugak bersalinnya. Haha.
4: Senaman Servik Kegel
Untuk track pregnancy, Erna ada download satu apps ni. Kiranya kita tahu lah dah berapa minggu, baby besar mana, tips tips. Dekat apps tu ada sugestkan untuk buat senaman kegel ni. Bagus untuk bersalin nanti.
5: Banyakkan zikir
6: Teran nanti punggung jangan diangkat
Tips ni akak-akak satu wad yang dah banyak kali bersalin bagitahu. Gigih taw practice. Korang boleh practice jugak. Tapi jangan teran bebetul pulak. Kang tak pasal-pasal terkeluar baby kang. Haha.
Letak punggung kebawah dan kaki dua belah tekan dekat katil tu. Jangan angkat punggung sebab nanti kena jahitan banyak. Akak tu kata. Erna pun tak tahu time delivery tu angkat ke idok, tapi nurse memang cakap "bont** jangan angkat puan". Padahal rasanya tak angkat pun.
But practice make perfect kan?
Last, mungkin sebab Maryam Iman ini kecik je. Jadi proses meneran tu jadi smooth je. Erna lupa pulak nak tanya akak-akak yang no jahitan tu baby dia berat berapa. Haha.
Tapi, cuba lah sebanyak mana boleh. Banyakkan baca tips tips di facebook. Join page ibu ibu hamil lah dll. Berguna taw.
Itu sahaja yang dapat Erna kongsikan. Sebab satu hari tu mungkin 1/2 orang je yang no jahitan. Sampai doktor pun jadi wow dengan kita. Kita lagi lah blur blur gitu.
InsyaAllah.
Sekian.




Comments
Post a Comment